yeah!! result SPM
Berita gumbira! Berita gumbira!! =D
korang dah ambik result ke?
erkkk....
dapat wape?
aku cemerlang.. hahah!
okeh, behenti merapu jap. hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang menduduki spm tahun 2011. (ayat skema).. . laporan keputusan spm tahun 2011 dikatakan meningkat berbanding tahun 2010. bukan ayat aku tapi aku copy kat SINI ehee..
ok. ok serius.. aku dah ambik la spm tahun 2007, erkk..menunjukkan aku dah tua. tapi kalau aku diberi peluang untuk ambik spm sekali lagi pun aku nak ehee..(mane la tahu kot-kot boleh baiki result aku yang teruk tu uhukk), teruk pun teruk la, ngan result yang teruk tu jugak membantu aku untuk meneruskan pelajaran sampai peringkat degree.
saya nak ucapkan TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
kepada adik-adik yang berjaya dapat straight A's. tumpang gembira jgk la untuk adik-adik semua.. ehee..
Tahniah untuk izazie!! first time lukis kartun ehee.. agak-agak sama la tu ngan muka zazie yang real. pilih gambar ni sebb nampak segak n sebab zazie tak pakai cermin mata time nie.. =D
kepada yang tak dapat straight A's tu jangan putus asa... teruskan belajar ye, banyak lagi cara untuk sambung blaja. form 6 pun okey. lagi senang untuk sambung degree. biasanya STPM yang dapat CGPA 2.5 ke atas dah dapat sambung degree, tapi kalau CGPA 3.0 keatas lagi tinggi probability untuk dapat sambung degree =).....
kalau tak nak sambung form 6, boleh je mintak sambung blaja di Politeknik. pun okey gak.. lebih kepada kemahiran.. untuk pengetahuan kamu-kamu semua, aku pun diploma Politeknik tau... (minggu depan baru nak konvo ehee..)
nak share cerita sedikit sal diri aku dengan korang. asalnya lepas abis spm.. result aku sgt2 la teruk bg aku. berapa A tu tak perlu cerita la kan kat sini kihkih... maybe masa sekolah menengah dulu aku sangat la aktif bersukan. class pun banyak tinggal. Then, kawan-kawan aku, ada yang dapat sambung blaja kat Matrik, Universiti, dan yang dapat result lebih kurang aku tu majoritinya masuk form 6. Aku lak terkontang-kanteng sorang-sorang, sebb tak tahu nak buat keputusan nak meneruskan pelajaran kat mana. masa tu baru timbul rasa menyesal sebab abaikan pelajar, biasa la kan manusia bila dah jadi baru nak menyesal..wuhuuu..
Pendekkan cerita, masa tu aku dapat tawaran blaja dekat Politeknik Kota Bharu.. disebabkan aku sayang nak tinggalkan aktiviti bersukan aku ni. aku buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dekat PKB nati aku leh terus bersukan kat sana. aku tak nak sambung form 6, sebab konon-kononnya bila aku masuk form 6, aku kena betul-betul fokus study, then terpaksa la tinggal aktiviti sukan aku. ^________^ ( masa ni tak pikir panjang).
Jadi la aku student Politeknik Kota Bharu selama 3 tahun dalam kursus Diploma Pengajian Perniagaan. dapat la aku bersukan ikut suka hati aku masa blaja dekat PKB tu. Bila aku masuk tahun ke3 belajar di PKB. kawan-kawan aku yang blaja form 6 seme dah dapat sambung degree.. uhuu.. masa ni baru aku sedar, aku dah buang masa setahun.. rugi! rugi!!! nak tak nak..kena bersabar.. mungkin ni jalan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk aku..
april 2011, aku berjaya tamatkan diploma di Politeknik Kota Bharu dengan CGPA 3 point RAHSIA ehee.. dan Allhamdulillah rezeki Allah swt, september 2011 aku dapat sambung blaja ke peringkat degree, dalam kursus Sarjana Muda Ekonomi di University Malaya. yang mana, kawan-kawan aku yang blaja form 6 dulu, time aku baru nak masuk tahun 1 dekat UM diorang dah melangkah ke tahun 2 uhuu..
moral of this story, blaja form 6 jimat masa setahun, pointer tinggi sikit dah dapat sambung degree.. tapi ape-ape pun Politeknik okey jugak walaupun lama sampai 3tahun tapi berbaloi gak dapat blaja kemahiran.. sebab di Politeknik ada Latihan Industri.. Nasihat aku : bagi mereka yang nak jimat masa belajar n nak cepat ke peringkat degree, master, PHD n so on. continue study dengan form 6 (ini untuk mereka mereka yang xdapat tawaran matrik atau universiti la) tapi kalau minat kemahiran dan rasa nak blaja lelama sikit, boleh la pilih Politeknik and so on la.. sekarang ni, Politeknik pun dah dinaikkan taraf dah.. =)
haish!! jadi panjang pulop ceritanya, asalnya nak crita serba sedikit je tadi kuikui!!..
~da tamat da cerita ...nak tido ~
___________END_________
terima kasih, boleh picit like!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan