Oktober 10, 2012

Saya Cinta awak kerana Allah s.w.t.



Saya cinta awak kerana Allah! :)


"Ya Allah! Aku memohon cintaMu dan cinta mereka yang mencintaimu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cintaMu" 
(Riwayat al-Tirmizi)






terima kasih, boleh picit like!

Oktober 01, 2012

Rahsia Wajah Berseri




Nak tahu rahsia wajah berseri ?

Tipsnya senang sahaja, tak perlu beli pencuci muka yang mahal - mahal pun.. =)

#1# Bangun awal pagi untuk Solat Subuh. Air wuduk yang
       mengenai muka boleh Menegangkan Kulit. 

#2# Menunaikan solat zohor ditenghari.  Air Wuduk yang
       mengenai muka boleh Mencerahkan Mata. 

#3# Tidak melalaikan Solat asar pada waktu petang. Air Wuduk
       yang mengenai muka boleh membersihkan kekotaran dan
       habuk siang. 

#4# Tidak Berlengah untuk solat Maghrib. Air Wuduk yang
       mengenai muka boleh menghilangkan bau di hidung dan
       mulut.

#5# Sentiasa solat Isya' di waktu malam. Air Wuduk yang
       mengenai muka boleh menceriakanwajah dari
       kemungkaran. 


Memang banyak rahsia dan kebaikan jika kita selalu mengikuti apa yang disuruh oleh Allah s.w.t 



selamat beramal, peringatan untuk diri sendiri jugak ^__^

(= sharing is caring. =)




credit to:

M y z a t u l   A k m a 








terima kasih, boleh picit like!

Jun 16, 2012

.:: Peristiwa Israj Mikraj ::.


Perkongsian buat rakan-rakan bloggers.. 
sebagai umat Islam, kita seharunya mengetahui akan Peristiwa israj Mikraj. 
APA yang berlaku? PERISTIWA apakah?

sama-sama kita baca artikel yang akan saya kongsikan =) 

__________________________________________________________________________________
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.
Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.
01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.
Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.
Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.
Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.
Sahabat yang dimuliakan,
Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj:
Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)
Sahabat yang dikasihi,
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)
Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

::sumber iluvislam::
__________________________________________________________________________________


17 jun 2012 bersamaan 27 rejab 1433h
---> genap 8 hari pemergian ayahanda tercinta, semoga arwah berada dalam golongan orang-orang yang beriman dan soleh, Al-Fatihah Buat arwah ayahanda tercinta :') <----


terima kasih, boleh picit like!

Mei 28, 2012

yeah! nak buat contest.





salam bulan rejab. cam biasa blog di update untuk sebulan sekali hihi.. hari ni rasa menggedik nah upadate blog.  Actually, sekarang ni sangat la busy sebab lagi berapa hari dah nak final exam kan. tu pasal la belog ni di bia je terbengkalai tanpa bayar bil elektrik, bil air, bil api, bil indahwater n bla.. bla. bla..  

bila update entry ni bermakna ada la tu something yang nak di sharing sharingkan.. hah! memang pun, kalau tak haram la kan nak aku update belog =P bukan pandai sangat pun nak menstory mory nih.. nampak sangat aku ni tak da bakat nak  menulis cerpen, novel, or yang paling senang karangan lah ehee.. 

mood masa jari jemari ni sedang tekan keyboard lappy ni bukan hepy sangat pun tapi mood sedih haha sebab jari pandai menipu hati kata lain, jari taipnya lain.. maka tersembunyi la semua kebenaran hihi.. arhh! takda takda, dah start nak mengarut. bak kata FATIN LIYANA beliau akan menulis entry kat belog beliau bila beliau rasa happy je. kalau time sedih-sedih beliau tak tulis. sebab apa? ha! yang tu korang kena bertanya pada beliau. =). actually aku suka stalker belog beliau, kadang-kadang story beliau yang pegi melancong oversea tu fuh! serius buat aku berangan nak pegi melancong cam beliau gak haha.. ada rezeki insyAllah, angan-angan aku bila kawin nanti nak honeymoon kat Mekah. amin.. tolong doa-doakan ye korang seme. hihihi..

tak boleh dibiarkan lama-lama nanti makin banyak la mengarutnya. motif utama update entry hari nak bagi tahu rakan-rakan blogger semua saya nak buat Contest.hihihi  harap dapat sambutan dari korang semua ye. 
tapi tapi..erm.. xtau agi nak wat contest sal ape.. dah ada idea sikit sal nak buat contest ni tapi masih tercari2 idea lain lagi. okeh, takpe2 nanti bila dah betul2 comfirm nak buat contest ape, aku bagitau korang ye melalui entry seterusnya hihi.. harap la.. dapat sambutan. 


nak shopping kain pasang online? jemput ke sini :

Dhya Online shop 










terima kasih, boleh picit like!

April 27, 2012

Sharing Is caring..




BIODATA RASULULLAH SAW


• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

 • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. 
• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.




untuk perkongsian bersama.. =). sebenarnya saya copy ni dari facebook, untuk berkongsi bersama kawan-kawan... sebagai ummat islam dan pengikut sunnah Rasulullah s.a.w perlu untuk kite mengetahui mengenai  Rasulullah s.a.w... 
SubahanaAllah.. bila dilihat maklumat diatas tarikh kelahiran Rasulullah  s.a.w dan tarikh kewafatan Rasulullah adalah sama iaitu 
12 Rabiulawal dan pada hari Isnin. 
 maklumat yang saya perolehi adalah dr sini --------------> ISLAM MENANG DULU KINI DAN SELAMANYA.  

SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.. 



terima kasih, boleh picit like!

Mac 21, 2012

yeah!! result SPM



Berita gumbira!    Berita gumbira!!  =D 

korang dah ambik result ke? 

erkkk....

dapat wape? 

aku cemerlang.. hahah!


okeh, behenti merapu jap. hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar yang menduduki spm tahun 2011. (ayat skema).. . laporan  keputusan spm tahun 2011 dikatakan meningkat berbanding tahun 2010. bukan ayat aku tapi aku copy kat SINI ehee..    

ok. ok serius..         aku dah ambik la spm tahun 2007, erkk..menunjukkan aku dah tua. tapi kalau aku diberi peluang untuk ambik spm sekali lagi pun aku nak ehee..(mane la tahu kot-kot  boleh baiki result aku yang teruk tu uhukk), teruk pun teruk la, ngan result yang teruk tu jugak membantu aku untuk meneruskan pelajaran sampai peringkat degree.

saya nak ucapkan                      TAHNIAH!!  
                                                               TAHNIAH!!
                                                                            TAHNIAH!!

kepada adik-adik yang berjaya dapat straight A's. tumpang gembira jgk la untuk adik-adik semua.. ehee..

  Tahniah untuk izazie!! 
first time lukis kartun ehee.. agak-agak sama la tu ngan muka zazie yang real. 
pilih gambar ni sebb nampak segak n sebab zazie tak pakai cermin mata time nie.. =D


kepada yang tak dapat straight A's tu jangan putus asa... teruskan belajar ye, banyak lagi cara untuk sambung blaja. form 6 pun okey. lagi senang untuk sambung degree. biasanya STPM yang dapat CGPA 2.5 ke atas dah dapat sambung degree, tapi kalau  CGPA 3.0 keatas lagi tinggi probability untuk dapat sambung degree =).....  

kalau tak nak sambung form 6, boleh je mintak sambung blaja di Politeknik. pun okey gak.. lebih kepada kemahiran.. untuk pengetahuan kamu-kamu semua, aku pun diploma Politeknik tau... 
 (minggu depan baru nak konvo ehee..) 




nak share cerita sedikit sal diri aku dengan korang. asalnya lepas abis spm.. result aku sgt2 la teruk bg aku. berapa A tu tak perlu cerita la kan kat sini kihkih... maybe masa sekolah menengah dulu aku sangat la aktif bersukan. class pun banyak tinggal. Then, kawan-kawan aku, ada yang dapat sambung blaja kat Matrik, Universiti, dan yang dapat result lebih kurang aku tu majoritinya masuk form 6. Aku lak terkontang-kanteng sorang-sorang, sebb tak tahu nak buat keputusan nak meneruskan pelajaran kat mana. masa tu baru timbul rasa menyesal sebab abaikan pelajar, biasa la kan manusia bila dah jadi baru nak menyesal..wuhuuu..

Pendekkan cerita, masa tu aku dapat tawaran blaja dekat Politeknik Kota Bharu.. disebabkan aku sayang nak tinggalkan aktiviti bersukan aku ni. aku buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dekat PKB nati aku leh terus bersukan kat sana. aku tak nak sambung form 6, sebab konon-kononnya bila aku masuk form 6, aku kena betul-betul fokus study, then terpaksa la tinggal aktiviti sukan aku. ^________^ ( masa ni tak pikir panjang).



Jadi la aku student Politeknik Kota Bharu selama 3 tahun dalam kursus Diploma Pengajian Perniagaan. dapat la aku bersukan ikut suka hati aku masa blaja dekat PKB tu.  Bila aku masuk tahun  ke3 belajar di PKB. kawan-kawan aku yang blaja form 6 seme dah dapat sambung degree.. uhuu.. masa ni baru aku sedar, aku dah buang masa setahun.. rugi! rugi!!!   nak tak nak..kena bersabar.. mungkin ni jalan hidup yang Allah SWT tetapkan untuk aku.. 

april 2011, aku berjaya tamatkan diploma di Politeknik Kota Bharu dengan CGPA 3 point RAHSIA ehee.. dan Allhamdulillah rezeki Allah swt, september 2011 aku dapat sambung blaja ke peringkat degree, dalam kursus Sarjana Muda Ekonomi di University Malaya. yang mana, kawan-kawan aku yang blaja form 6 dulu, time aku baru nak masuk tahun 1 dekat UM diorang dah melangkah ke tahun 2 uhuu..



moral of this story, blaja form 6  jimat masa setahun, pointer tinggi sikit dah dapat sambung degree.. tapi ape-ape pun Politeknik okey jugak walaupun lama sampai 3tahun tapi berbaloi gak dapat blaja kemahiran.. sebab di Politeknik ada Latihan Industri..  Nasihat aku : bagi mereka yang nak jimat masa belajar n nak cepat ke peringkat degree, master, PHD n so on. continue study dengan form 6 (ini untuk mereka mereka yang xdapat tawaran matrik atau universiti la) tapi kalau minat kemahiran dan rasa nak blaja lelama sikit, boleh la pilih  Politeknik and so on la.. sekarang ni, Politeknik pun dah dinaikkan taraf dah.. =)


haish!! jadi panjang pulop ceritanya, asalnya nak crita serba sedikit je tadi kuikui!!..

                





~da tamat da cerita ...
nak tido ~











___________END_________

terima kasih, boleh picit like!

Mac 20, 2012

.::bersyukur ape yang ada::.



pukul 4 petang, Alhamdulillah abis kuliah untuk hari ini.. berjalan pulang dari fakulti ke kolej kediaman sendirian. untuk cepat sampai kolej, aku lalu jalan pintas melalui faculty engineering. Terkedek.. kedek aku jalan.. dan terus berjalan lagi.. tetiba.. adeh! perut aku rasa lapar...  kaki tetap teruskan perjalanan. tangan cuba meraba-raba kedalam beg kuliah aku untuk capai "beg duit". sehingga la sampai depan kedai dekat faculty engineering.. 

wah! perut makin terasa lapar, tak sabar nak beli makanan. aku ingt nak beli kueh-kueh je.. tapi kueh da abis la.. terdiam kejap, sambil belek-belek dalam "beg duit merah" aku tuh.. 



ini jer??
ni je duit yang ada dalam beg merah tu uhuk ='( 
0.20$ + 0.20$ + 0.20$ +0.20$ + 0.50$ = RM2.10
not enough! untuk beli sebungkus nasi dekat KL ni.

bila tengok duit tu, terus terbatal niat nak beli makanan, perut dah jadi xlapar.. kaki terus melangkah meninggalkan kedai tu..arghhh!.. sabar-sabar. kaki terus melangkah melangkah melangkah dan terus melangkah.. sehingga sampai kolej.  
 " hermm..nampaknya terpaksa la aku tunggu ambik makanan kat kolej pukul 6 petang nanti.. " 






penantian demi penantian!!







finally, 
nasi puteh + sardin +sayur tauge = makanan untuk hari ini.. ^_^

yeah!! dapat jugak aku isi perut walaupun berlaukkan cuba sardin cap ayam yang berisi ikan. Allamdulillah Ya Allah =)   
mahal tau, aku bayar yuran kolej RM1260. nak bayar yuran ni pun terpaksa berhutang dengan Mr. Ptptn.. 
so, sepatutnya aku makan je la ape yang kolej sediakan uhuu.. walaupun tak berape nak sedap tapi tu seme rezeki Allah untuk aku.. bersyukur je ape yang ada.. ( tetiba muhasabah diri sendiri )   o_O 




PesanMakAku : 
makan jgn tak makan. takda duit mintak ngan maa.. 
(eh, betul ke maa aku pesan gitu =P) 


makan untuk hidup bukan hidup untuk makan ^_________^ 
makan banyak kadang-kadang bole buat otak lembab.. lalalaaaa.....
pesanan untuk diri sendiri yang suka makan banyak..




_End_

 













terima kasih, boleh picit like!

haRi-haRi yg berlalu

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...