Julai 15, 2011

Malam nisfu sya'aban

<salam>

malam ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang amal ibadah yang perlu dilakukan pada malam nisfu sya'ban.


nisfu sya'ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku amalan yang baru. catatan pertama yang akan dicatatkan didalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
(15 sya'ban bermula pada 14 sya'ban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)







berikut adalah amal ibadah dihari nisfu sya'ban :

1. selepas solat maghrib (15 sya'ban malam)
hendaklah solat sunat nisfu sya'ban 2 rakaat :
Rakaat 1: Baca Al-Fatihah & Suruh Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Al-Fatihah & Suruh Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin sebanyak 3x selepas Solat Maghribnya 
(15 sya'ban, 14 Sya'ban selepas maghrib)
i) Selepas Yasin pertama : memohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah SWT.
ii) Selepas Yasin kedua : memohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah SWT.
iii) selepas Yasin Ketiga :Mohon ditetapkan iman dan islam & mati dalam Iman dan Pohon la segala yang baik.
kemudian baca istighfar 11x & selawat 11x
Baca Doa Nisfu Sya'ban.

3. Bacaan suruh Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya.







ANTARA KELEBIHAN BULAN SYA'BAN :

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
'adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.'

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa
dengan ibubapa kita. (jangan lupa tau minta ampun dengan mak ayah kamu semua :] )

Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.

Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang
(golongan):
Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi
(adakan aku tergolong?? Ya Allah, Mohon ampun skiranya aku tergolongan dari golongan ini)



notauntuksaya : entri kali ni untuk memperingatkan diri saya juga 
agar tidak lupa ibadah yang perlu dilakukan.. 










terima kasih, boleh picit like!

Tiada ulasan:

haRi-haRi yg berlalu

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...