Here is my stories!
Bukan anugerah juara lagu tau, anugerah skrin pun bukan. theee... ini anugerah sukan je. ceritanye bermula setelah saya dan Datin mirmo dijemput untuk ke Dinner Malam Anugerah Pusat Sukan Universiti.
~ini dia rupa kad jemputan~
Ramai atlet yang turut hadir pada malam anugerah ini. Antaranye atlet futsal, bola sepak, bola jaring, softball, renang, dan banyak lagi lah.Manakala saya dan Datin Mirmo merupakan atlet dari pasukan pencak silat. yang sedih kat sini, hanya kami dua orang je dari pasukan pencak silat sobs..sobs..
Nak dipendekkan cerita Ratu terjun negara Pandelela Rinong dinobat sebagai Olahragawati Universiti oleh Universiti Malaya (UM) pada Malam Anugerah. Manakala pemain badminton Jagdish Singh dinobat sebagai Olahragawan Universiti. Jagdish membawa pulang gangsa menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Universiti Dunia di Kazan, Rusia, Julai lepas.
Selain itu, lima lagenda sukan negara yang juga alumni universiti turut menerima Anugerah Sepanjang Hayat. Mereka ialah bekas atlet hoki negara Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini Nasirudin dan Maninderjit Singh serta pemain boling Shalin Zulkifli dan pendaki Gunung Everest Datuk M.Magendran. ~sumber : google~
Eh jap,kami berdua pun dapat anugerah jugak. "Anugerah Lencana Penuh Universiti Malaya" . "Alhamdulillah" walaupun anugerahnya tak lah sebesar anugerah Pandelela Rinong dan Jagdish Singh tapi kami tersangat la bersyukur dan anugerah ini amat bermakna buat kami berdua..
~precious award~
~with Pandalela Rinong (nampak tak perbezaan award kite wuu.. )~
~with datin Mirmo (lebiu n Tq Mirmo coz bagi kite tumpang untuk ke majlis nie) ~
Terima Kasih yang tak terhingga kepada Team Pencak silat Um di atas sokongan dan semangat yang telah diberikan. Anugerah yang diterima ini adalah diatas kejayaan saya dan Datin Mirmo kerana meraih pingat emas untuk acara olahraga puteri C dan Puteri E pada Masum yang lalu..
Actually, dinner ini telah berlangsung seminggu yang lepas. oleh kerana dinner ini amatlah bermakna buat saya, jadi tercatatnye kenangan dalam blog ini.
terima kasih, boleh picit like!
1 ulasan:
salam,,thanx ye da follow blog sapeeja89.blogspot.com ,, done follow back ur blog,heheh maaf lmbat sikit
Catat Ulasan