Ogos 02, 2011

Ganjaran Tarawih

<SALAM>


sini saya nak kongsi Ganjaran Tarawih dengan korang :]


Ganjaran Tarawih: Untuk Renungan Bersama :)

  • Malam 1 : Dosa keluar dan insan seolah-olah seperti baru dilahirkan ibunya.

  • Malam 2 : Dosa diri dan kedua ibu-bapa yang mukmin diampuni.

  • Malam 3 : Malaikat menyeru dari bawah 'Arasy "Mulailah kamu beramal kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu.

  • Malam 4 : Pahala yang sama seperti pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

  • Malam 5 : Mendapat pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha di Palestin.

  • Malam 6 : Mendapat pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah.

  • Malam 7 : Pahala seperti orang hidup di zaman Nabi Musa yang membantu mengalahkan Fir'aun dan Haman

  • Malam 8 : Diberikan Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

  • Malam 9 : Pahala seperti pahala ibadah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Malam 10 : Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

  • Malam 11 : Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan, iaitu bersih daripada segala dosa.

  • Malam 12 : Datang di hari Qiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar.

  • Malam 13 : Datang di hari Qiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

  • Malam 14 : Malaikat menjadi saksi solat Tarawih, dan dibebaskan dari segala mudarat.

  • Malam 15 : Segala Malaikat memohon ampun untuk mereka yang mengerjakan Tarawih.

  • Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan diberi ganjaran syurga.

  • Malam 17 : Diberikan pahala seperti pahala para Nabi.

  • Malam 18 : Diseru oleh Malaikat, "Wahai hamba Allah, bahawanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.

  • Malam 19 : Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.

  • Malam 20 : Diberi pahala para syuhada dan solehin.

  • Malam 21 : Dibina rumahnya dari Nur di dalam syurga.

  • Malam 22 : Di hari Qiamat, ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

  • Malam 23 : Dibinakan sebuah kota untuknya di syurga.

  • Malam 24 : Diberikan pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.

  • Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.

  • Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

  • Malam 27 : Dapat melintasi Jambatan Sirat dengan amat laju seperti kilat.

  • Malam 28 : Allah mengangkatkannya dengan seribu darjat.

  • Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

  • Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, "Wahai hambaKU, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu, dan engkau Hambaku.


saya Copy ni dari FB. jom pakat g solat terawih :)



terima kasih, boleh picit like!

5 ulasan:

Engku Sofea berkata...

sukaaaa. nak share ni boleh x? :)

cik wan berkata...

boleh je :) kalo nak copy tekan Ctrl+C serentak ek..

~~lOla_laLa berkata...

thx share nih :) info berguna di bulan ramadhan y mulia.

fahmie firas berkata...

Salam kenal,
nice blog,
done following you,
kalau free singgah blog saya,
bagi komen and nasihat ok..
http://fahmiefiras.blogspot.com/

cIk PikA berkata...

thnx 4 the info.. sgt2 bergune..

haRi-haRi yg berlalu

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...