November 25, 2013

.::Malam Anugerah::.


Here is my stories! 

Bukan anugerah juara lagu tau, anugerah skrin pun bukan. theee... ini anugerah sukan je. ceritanye bermula setelah saya dan Datin mirmo dijemput untuk ke Dinner Malam Anugerah Pusat Sukan Universiti. 

~ini dia rupa kad jemputan~


Ramai atlet yang turut hadir pada malam anugerah ini. Antaranye atlet futsal, bola sepak, bola jaring, softball, renang, dan banyak lagi lah.Manakala saya dan Datin Mirmo merupakan atlet dari pasukan pencak silat. yang sedih kat sini, hanya kami dua orang je dari pasukan pencak silat sobs..sobs.. 

Nak dipendekkan cerita Ratu terjun negara Pandelela Rinong dinobat sebagai Olahragawati Universiti oleh Universiti Malaya (UM) pada Malam Anugerah. Manakala  pemain badminton Jagdish Singh dinobat sebagai Olahragawan Universiti. Jagdish membawa pulang gangsa menerusi acara beregu lelaki pada Sukan Universiti Dunia di Kazan, Rusia, Julai lepas.

Selain itu, lima lagenda sukan negara yang juga alumni universiti turut menerima Anugerah Sepanjang Hayat. Mereka ialah bekas atlet hoki negara Mirnawan Nawawi, Nor Saiful Zaini Nasirudin dan Maninderjit Singh serta pemain boling Shalin Zulkifli dan pendaki Gunung Everest Datuk M.Magendran. ~sumber : google~ 

Eh jap,kami berdua pun dapat anugerah jugak. "Anugerah Lencana Penuh Universiti Malaya""Alhamdulillah" walaupun anugerahnya tak lah sebesar anugerah Pandelela Rinong dan Jagdish Singh tapi kami tersangat la bersyukur dan anugerah ini amat bermakna buat kami berdua.. 


~precious award~

 ~with Pandalela Rinong (nampak tak perbezaan award kite wuu.. )~  



 ~with datin Mirmo (lebiu n Tq Mirmo coz bagi kite tumpang untuk ke majlis nie) ~



Terima Kasih yang tak terhingga kepada Team Pencak silat Um di atas sokongan dan semangat yang telah diberikan. Anugerah yang diterima ini adalah diatas kejayaan saya dan Datin Mirmo kerana meraih pingat emas untuk acara olahraga puteri C dan Puteri E pada Masum yang lalu.. 

Actually, dinner ini telah berlangsung seminggu yang lepas. oleh kerana dinner ini amatlah bermakna buat saya, jadi tercatatnye kenangan dalam blog ini. 
 



terima kasih, boleh picit like!

Jun 06, 2013

Origami Rama-rama. =)

hai semua,

kali nie saya nak kongsi  sal origami cara buat rama-rama..

sebelum nie saya pernah buat origami bunga lily. ha! kalau nak tahu cara-cara untuk buat 
bunga Lily pakai kertas boleh singgah kat sini ---------> Bunga Lily.

Bahan yang diperlukan cuma kertas warna je. 

mari kita mulakan cara-cara untuk membuat Rama-rama menggunakan kertas.



1. Gunakan kertas warna yang telah di potong empat segi sama sisi. 


2. Lipat kertas empat segi sama sisi tadi.


3. Biar jadi segi tiga =)


4. Lipat kedua-dua belah menjadi segi tiga, sehingga terbentuk garisan seperti di atas. 


5. kemudian, kesan garisan tadi akan digunakan untuk membentuk seperti diatas. 


6. Rapatkan, dan ia akan membentuk segi tiga yang lebih kecil dari yang sebelum ini.


7. letakkan kertas supaya berkedudukan seperti di atas untuk memudahkan langkah seterusnya. 


8. kertas akan dilipat seperti di atas. dengan menarik bucu dari bawah ke atas sehingga melebihi sedikit garisan atas. 


9. hasil akan terbentuk seperti di atas. (kertas yang lebih ke ats sedikit tu adalah untuk bahagian kepala rama-rama)



10. kemudian kertas tersebut akan di pusing ke belakang. seperti gamba di atas.


11. langkah seterusnya adalah untuk membuat sayap rama-rama. 



12. terdapat dua lapisan di sebelah kiri dan sebelah kanan, tarik lapisan pertama dari sebelah kiri dan kanan  turun kebawah seperti gamba di atas.




13. dan last pusingkan rama-rama kat atas tadi. nampak tak bahagian tengah rama-rama tu.. lipat sedikit untuk membentuk badan Rama-rama. 




14. Dan SiaP!! boleh tampal kat dinding umah sesuka hati.. ehee


15. macam nie pun boleh  =P !!




Done! selesai sudah tutorial buat Rama-rama, yeayy!.. 

tutorial buat Rerama ni amat laa..simple sebenarnya.. kalau dah pandai boleh la buat banyak-

banyak n tampal kat dinding bagi nampak cantik.. kalau nak  nampak lebih cantik guna kertas

 warna yang ada corak macam rerama.. =D. Actually, tutorial nie di ajar oleh kawan saya, 

credit to : HAsLina. kemudian saya share pulak tutorial nie dengan rakan bloggers.. 

selamat mencuba semua.. =D 











terima kasih, boleh picit like!

Jun 02, 2013

Layang-layang..

Assalamualaikum.. 
jalan-jalan sambil makan angin. oh yeah!! mengupdate belog dikala minggu study week.. weeeeeeee ~
Lokasi : Taman Layang-layang, Kepong.
ini layang-layang.. bukan wau okeh! agak berbeza disitu. kehkeh.. tapi yeke ada beza?   biasanya orang sebelah pantai timur akan panggil benda alah nie 'wau'. Panggilan layang-layang pula lebih digunakan di sebelah barat dan selatan semenanjung.. 
oh! sungguh indah pemandangan di sini. dipenuhi dengan layang-layang, bukan stakat beratusan malahan mencecah ribuan (ok. itu seme tipu! sila jgn pecaya =P) . 
see!! ramai sungguh manusia di sini. bukan stakat adik-adik yang main layang-layang. abang, kakak,  ayah dan mak semuanya turut bermain..keluarga bahagia oh..



nampak tak pakcik yang pegang batang kayu putih tu. die sedang buat belon yang besar pakai kayu tu.. tapi tak sempat pulak nak ambik gamba belon yang besar tu.. 
 mahu terbang macam layang-layang.. wee~~ 



 ok memang kami berdua je.. tak da orang nak tolong tangkap gamba kami so terpaksa tangkap sendiri ehee.. 




 waktu untuk pulang.. yeay! 
Mr.A cakap mukanya kiut disitu.. okey layan jew.. thehee..






~T a m a n L a y a n g - L a y a n g ~



terima kasih, boleh picit like!

Mei 11, 2013

mari makan buah-buahan tempatan..



Assalamualaikum..


hye!  arini kita dapat makan buah auw!..
lama dah kempunan nak makan buah-buahan tempatan nie. hari ni dekat kolej kami ada buat pesta buah-buahan tempatan...

Masa sekolah dulu, bila tiba musim buah je mesti cikgu ajak reramai buat jamuan buah-buahan..
yeay! masa tu best, macam-macam jenis buah ada.. 

antaranya buah-buahan ini.. 

~MANGGIS~
atau kami penduduk kelantan lebih suka sebut name manggis sebagai 'buah setto' jer..
buah kesukaan neh!, bak kata Halim Yazid, dalam lagu dikir Baratnya yang bertajuk 
 "Amy dengan woh setto" 
lirik :
 seto buoh tok blawok dio tok tipu ore,
 luar kito napok supo nga alik dale,
acu amy tgk cubo amy bile,
luar 5 tapok 5 la isi dale.
(buah manggis nie tak tipu kita, kalau kita tengok kat luar kulit buah manggis tu, dekat bahagian tapak die ada cam kelopak gitu kan. hah itu la bilangan isi yang kat dalam buah mangis tu.. )


~DURIAN~  atau duye jer..
nape durian sebab korang nampak tak duri-duri yang ada pada buah tu kehkeh..  



~ MANGGA~
atau kami kat kelantan kenal buah nie sebagai buah 'pauh' jer.. ada banyak jenis. yang masam yang manis seme ada.. tapi aku lebih suka 'pauh lemak' buah tu masak ke tak masak ke.. tetap jugak manis.. 


~Rambutan~ atau mokte.
hah, yang nie pun sama. nape rambutan maybe sebab rambut kat kulit buah tu.. kehkeh..

~Langsat~ atau 'buah lasak' jer
hahAh! mmg pelik-pelik jadi name buah bile di kelantankan.. 



~JAMBU AIR~
perghh! i like yang nie.. biasanya beli kat wakaf che yeh, KB. bole borong banyak2.. 



~JAMBU BATU~
nape jambu batu, sebb bentuk die da macam batu daa.. tapi best. skg nie femes dengan air jambu nie..
biasa banyak je kat tepi-tepi jalan.. aku xsuka air die.. aku suka makan isi die je..



~LONGAN~
asalnya aku tak tau pun name die.. ni aku biasa panggil 'buah mata kucing' hahAha.. 
kalau orang cakap buah longan mst aku tertanya-tanya, buah apakah? skali tengok baru la aku tahu.. uuu.. 


Dah berabad  tak da jamuan buah kan.. harini ada pesta buah kat kolej nie.. 
buah yang ada tak banyak pun.. ini je.. uhuu.. 

eh, bukan ni je ada lagi yang tak termasuk dalam gamba kat atas tu.. antaranya buah, durian and buah longan. hah, tu jela yang ada.. tapi rasa besyukur jugak sebab dapat makan buah free hari ni.. 

terima kasih kepada pihak kolej sebab bagi makan buah free harini.. =D




sekian kisah buah !

terima kasih, boleh picit like!

Mei 02, 2013

Rantai bentuk burung Hantu



Remaja sekarang nie suka sangat berfesyen.. tak kata kat orang laen, aku sendiri pun masih dalam tahap memperbaiki diri. semakin hari semakin pelik gaya dan fesyennya.. bukan setakat remaja, yang dewasa pun sama. yang ada pangkat makcik-makcik pun masih lagi gilerkan fesyen.. 

Nak share sal rantai burung hantu nie.. aku tengok ramai je anak gadis yang pakai rantai nie.. 



Haram dipakai sebab ape? baca kat bawah..  

Bagi lelaki, segala jenis rantai adalah haram dipakai. Bagi wanita, bukan setakat rantai burung hantu yang haram dipakai. Segala jenis perhiasan yang terdapat padanya gambar atau ukiran sesuatu yang bernyawa seperti binatang adalah haram dipakai kerana ia diletakkan pada tempat yang dimuliakan yakni di tubuh badan kita. Sedangkan teddy bear pun haram disimpan di dalam rumah. Tapi, berapa ramai awek-awek yang simpan di atas almari dan di hujung katil? Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, perbuatan tersebut adalah haram. Malah, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung. 

(dulu aku pun suka gak patung-patung, cam spangebob, patrik, ikan, kura-kura, doreamon.tapi  teddy bear aku xsuka sebb aku takut tgk mata die wuuuu.. tu dulu la, sekarang nie aku dah tak ade lagi dah semua tu.. disebabkan aku jenis yang suka tido banyak bantal, aku beli bantal-bantal yang berbentuk love banyak-banyak, wee..~~ lagi selesa buat tido n dipeluk.. )

Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)” (Hadis riwayat Muslim)

Tetapi, untuk dijadikan sebagai alat pembelajaran atau mainan kanak-kanak, hukumnya harus. Soalnya sekarang ialah bab perhiasan.


Nabi SAW bersabda. Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-lebihan dan tidak bermegah-megah.” (Hadis riwayat An-Nasai’e)

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), 
dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Jadi, apa tujuan anda memakai perhiasan dengan ukiran macam tu jika bukan untuk menunjuk-nunjuk? Berhiaslah secara ala kadar. Orang yang suka berhias secara berlebihan ni biasanya orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat. Kalau pakai tudung dengan sempurna, macam mana nak tayang rantai tu kan? Kalau warnakan kuku dan rambut, macam mana nak solat kan? Bukan setakat wuduk, mandi wajib pun tak sah.

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung” (HR. Muslim)
Patung burung hantu / loket yg menyerupai bentuk burung hantu adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia termasuk dalam jenis patung (dan bukan patung permainan kanak2) dan ditakuti ia boleh menjadi objek pemujaan.
Bab objek pemujaan ni, kadang2 ramai yang tak perasan.. ada yang menyangka, mana mungkin dia akan menyembah patung2 tersebut.. tetapi konsep pemujaan ini bukan semata2 pada sembahan (sujud pada patung, pasang colok dsb), sebaliknya ia boleh terjadi melalui percakapan (yg kadang2 kita tak sedar telah melakukan pemujaan) dan juga iktikad (kepercayaan).

pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.


SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAR ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.



sumber : Islam Iman Ihsan


 sharing is caring.. ~

terima kasih, boleh picit like!

Mei 01, 2013

Dunia Kertas


Belek-belek facebook kemudian jumpa info nie.. 
eh, decide nak share la kat belog. untuk perkongsian bersama =) 


Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Penulisannya - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan
- Kertas
Jemputan ke program
- Kertas
Duit - Kertas


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.


Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri iaitu SIJIL kematiannya. Kerana itu BERAMAL LAH sebelum sijil itu dikeluarkan. Dan pastikan semua kandungan kertas-kertas di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.


-Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman


sharing is caring 






terima kasih, boleh picit like!

Februari 26, 2013

# Mendaki Gunung Stong #

Assalamualaikum..

hari ni nak cerita sal pengalaman mendaki gunung. ececeh. . mendaki la sangatt kan! 
ter'exicted' pulak nak cerita dalam belog, almaklum la kan first experienced daki gunung. hee 

okey, moh la kita teruskan story morie  ye,
Plann nek gunung ni sebenarnya beramai-ramai. ajak team silat  la, ajak budak-budak sekolah la. tapi last-last yang peginya 2 3 orang je...

perjalanan bermula dari Rumah ke stesen kereteapi 0710 pagi. my mama la yang jadi driver kami dua beradik ke stesen ketapi. sesampai je dekat stesen ketapi Pasir Mas terus ketapi yang kami nak nek tu sampai. ambik ko! nsib baek tak terlepas ketapi tu. kalau tak, mmg ta jadi pegi la kan. bertolak dari stesen ketapi Pasir Mas pada pukul 0730pagi then sampai Dabong dalam  pukul 1130pagi. kiranya lama jugak laa kami dua beradik tergolek atas keteapi tu.

untuk korang yang nak ke gunung stong tu,  better nek la ketapi senang perjalanan. tambang ketapi express dari Pasir Mas ke Dabong RM11 kalau yang ketapi local tu RM5 je kot. untuk pengetahuan korang kami dua beradik nek ketapi express that why la aku ta tahu berape harga tiket ketapi local. yang kami nek tu ketapi pukul7.30 tapi ada yang lagi awal pun ada, pukul 6.45 kot. kalau yang local lewat sikit, dalam pukul 8.30 baru ada ketapi. 
                         ~  ini la die rupa kereapi yang kami naik.  ada ke manusia yang xkenal keteapi? jgn buat malu bhaii!. hee~


Bila kami selamat sampai kat Stesen Ketapi Dabong kami di Angkut lak dengan Van untuk ke Gunung Stong. (Van puteh tu aku nampak cam dah tua. tapi larat lagi rupanya nek bukit tinggi ehee.. )
bermula la pendakian kami di Gunung Stong.

                                   ~ ini la rupanya bile panjat gunung bibir dah bertukar warna ehee ~ 


                                             ~senyum sebab rasa bangga leh panjat gunung haHaA.. kau ada!! ~

                                                              ~ welcome to BAHA's CAMP ~

Hampir dua jam perjalanan, baru la kami sampai di Baha's Camp. Di sini la tempat untuk kami berkhemah. Seriously, mula-mula ingat da ta sampai kat kem ni. masa otw panjat gunung tetiba perut aku sakit, maybe sebab ta breakfest dulu. so, korang kalau nak panjat gunung ape-ape je jangan lupa makan dulu ye nanti tak pasal-pasal sakit perut cam aku ni. tapi Alhamdulillah selamat juga sampai dekat Baha's Camp. Sebelum kami meneruskan perjalanan ke Puncak Gunung Stong pada keesokan harinya kami berehat dulu di Baha's Camp ni. Sesambil tu menikmati udara segar. Pemandangan area Baha's Camp ni sangat memberi kepuasan. segala penat, lenguh, letih, lelah semuanya hilang bila dapat lihat pemandangan kat sini.. =)
~ini la die tempat air terjun yang tinggi yang nampak di lihat dari bawah. yey! akhirnya saya berjaya sampai di sini. ~

                                                                        ~bukit bukau menghijau ~

                                                          ~ man & bob termenung jauh nun di sana ~

                                                                      ~my adik # syafiqah ~


                                                                           ~ man : i'm here at Gunung Stong ~


walaupun atas gunung dan dalam hutan tapi kami masih dapat makan ayam goreng hihi.. 

                                                    ~ayam, bawang, lada, garam semua ada hihi ~

                                       ~ yang sweater biru tu la leader and chef pun die jugak =P ~

                                         ~ yang botol kuning tu gas, yang ada kaki 3 dapur kami tau ~

                           ~ abang chef sedang sibuk mengoreng ayam. ayam goreng dengan bawang je pun =P~


setelah selesai menikmati makanan kat atas gunung. semua beransur masuk rumah(khemah)  masing-masing. simpan tenaga untuk ke Puncak Gunung katakan. 

Keesokanya,
Pukul 6.15 pagi kami bangun, dan selesai solat subuh. kami bergegas ke tempat batu-batu berhampiran Air Terjun untuk melihat matahari naik. 
                                        ~  tunggu punya tunggu akhirnya keluar juga si matahari yey! ~

                                                                ~ cam di atas awan je ~

                                                                                               ~peace~


                                             

                                                        ~ SubahanAllah cantik cipta-Mu~

                                          ~ ok fine. seme pkai DSLR aku guna tefon cap ayam je =___+ ~

                                                                         ~ sunshine~

                                                                        ~ s u n s h i n e ~

                                                          ~ k a m i  a d i k - b e r a d i k ~


Bila jam 10. 00pagi kami semua bersiap-siap untuk ke puncak Gunung Stong. Kali ni perjalanan lebih lama, dan kami perlu memanjat gunung yang lebih curam. sepanjang perjalanan kami untuk ke puncak gunung pelbagai jenis pokok kami jumpa..


~ ini kami jumpa sepanjang perjalanan. pokok tudung periuk warna merah. tapi aku pun xtau betol ke x, aku bantai je =P ~

                           ~ ini pulak rupa cam paku pakis pun ada tapi yang pasti bukan paku pakis ehee~


                                                                                              ~ alam semula jadi ~


                          ~ yang ini kulat, aku letak name die kulat buterrfly ehee. cantiknya ciptaan Ilahi ~
                                       ~ berehat sambil minum air mahkota Dewa bagi tenaga ehee ~
                   ~ bekalan  air dari sungai, bila sampai kat Puncak Gunung  nanti dah xda air sungai da ~
 Dan yeah!!!  akhirnya kami sampai di Puncak Gunung Stong. Kami mengambil masa selama 4jam untuk sampai ke Puncak Gunung dari Baha's Camp. 


                                                 ~ ini la die puncak gunung Stong ~

                           ~ sesampai je di sini, ada team dari IPG cheras kat atas Puncak gunung ni..  ~


yeayy!! berjaya...



     ~ kat Puncak gunung ni ada Tupai yang bulunya agak kekuningan sikit. sangat comel ! adik aku kata geram nak pegang tupai tu.. tupai ni nampak jinak je..

tengok ni dapat makanan terus makan.. hihi comel sangatt! 

last-last dapat jugak si adik ni pegang tupai tu.. name tupai di Sandy.. ala sandy yang kawan dengan spangebob tu.. haHA..!!  



terima kasih, boleh picit like!

haRi-haRi yg berlalu

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...