Disember 13, 2011

~PeNdeKaR SeAbaD 7~



<Salam>



berakhir sudah pendekar seabad tujuh. YeeaaaaAAHh!! pendekar seabad tujuh adalah pertandingan silat diantara IPT yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaya.kahkah!,  actually nie adalah kali pertama aku join pendekar seabad, mewakili um.. antara kategori yang dipertandingkan ialah Silat Olahraga dan silat Seni.


 malas nak cakap banyak layan je picture ni :


ok. ni muka tak boleh blah!! sila abaikan.
muka bangga tak terkata bila dapat pegang piala. 


 ya.. ini die kak dayah, merupakan salah seorang atlet silat malaysia dalam 
katogeri seni jurus wajib. kalau x silap la ehee.. .. 

okeh! nama beliau ialah Hana Mirmo Kacak, 
yeah! sebenarnya beliau memang agak kacak. 
dalam ke'kacakkan beliau ada ke'sweetan nya.. aceceh.. ada ke ayat cam tu  =P
rasa agak segan berdiri disamping beliau yang tinggi lampai.  
(teserlah dowh! kependekan aku haha!!)


kacak + hensem = comel tak mrs. Mirmo ..  serius!!, dekki dengan ketinggi yang dimiliki beliau.
tahniah juga buat beliau kerana dapat gold medal untuk tournament  PS7.


 gegirlz yang hensem-hensem dan kacak-kacak.. ehee..

 bebear...  


pesilat bagi kategori seni. 
(ganda putera dan ganda puteri)

(setelah selesai majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang)
ok.sila jangan terkejut kerana aku pun dapat medal gak.hehee..
 even, dapat medal gold hangus je. muahahaa.. 
(berat aku lebih dowh! xleh nak main olahraga, sedey giler.. ='( 
oleh itu aku dapat no.3 je untuk kategori seni jurus tunggal )



(kami pendekar yang berabad-abad ehehee..!! )

hey korang.. tau tak, aku jumpa sorang blogger yang sangat tiptop toptip gitu. 
beliau merupakan pengerusi majlis semasa majlis perasmian penutup untuk Pendekar Seabad 7.
sebelum ni, aku pernah gigit belog beliau tau..ehee.. 
serius! rugi tak snap picture ngan beliau. haha rupa-rupanya dia pun pelajar um. 

 klik di SINI untuk ke belog cik Innanie.. =) 

 ok. dalam picture ni ada Cik Innanie yang pakai tudung merah kat blakang. ehee.
(mohon kebenaran yer.. Cik Innanie  
siott lah, dah masukkan baru nak mintak izin hahaa..ehee..)


ok. CawW cendoL..!!


actually, banyak agi picture yang aku nak masukkan
tapi xtau nak masukkan picture mane sebab banyak sangat ehee..
nanti kalau aku rajin hupdate entry aku conti.. lagi sal entri ni.. =D



terima kasih, boleh picit like!

Disember 01, 2011

**** biskut Mutiara KeJaYAaN*****




******** SALAM*******
********************


Bila nak buat biskut. first, mestila kena ada bahan-bahannya. 
okeh, meh kita tengok bahan-bahan untuk biskut Mutiara kejayaan =)


BAHAN-BAHANYA : 

5 cawan tepung Cita- cita
2 1/2 cawan serbuk keazaman
3 cawan gula halus kesabaran
7 biji telur kesungguhan
1 1/2 camca esen vanila radio + tV
10 kati Doa dan Tawakkal kepada Allah S.W.T
3 cawan mentega kemahuan 


 bila bahan dah betOL-betOL cukup. we see, how to make it.
 step by step!!


Step 1
 ayak 5 cawan tepung cita-cita bersama 2 1/2 cawan serbuk keazaman ke dalam pembelajaran.

Step 2 ~> 
 pukul 3 cawan mentega kemahuan bersama 7 biji telur kesungguhan sehingga kembang.
                
 next, campurkan 3 cawan gula halus kesabaran didalamnya sehingga betOL- betOL sebati  
 didalam perpustakaan.

Step 3 ~>  
kemudian barulah masukkan 5 cawan tepung cita-cita dan 2 1/2 cawan serbuk keazaman yang  telah diayak bersama tadi. Gaul sehingga sebati. 

Step 4 ~> 
 Di sini, kita akan merasai kelambatan adunan itu naik. so, campurkan 10 kati Doa dan Tawakkal
 kepada Allah S.W.T untuk memohon kejayaan.

Step 5 ~> 
sekiranya adunan atu terlalu keras. maka hendaklah tambahkan lagi sebiji telur kesungguhan ke dalam adunan tersebut. 

Step 6 ~> 
 dan anda juga boleh memasukkan 1 1/2 camca esen vanila radio+ tV tetapi jangan terlalu banyak
 kerana terasa sedikit kepahitannya sudah cukup untuk merosakkan kelazatan biskutnya

Step 7 ~>  
akhir sekali, canai adunan biskut itu keatas kertas soalan mengikut subjek pelajaran secara tenang.           
biasanya ia mengambil masa untuk melihat biskut itu betOL-betOL masak. biskut ini elok 
dihidangkan di majlis kenduri kesyukuran dan diraikan bersama-sama air mata kegembiraan
lebih meriah lagi kalau di bawa ke jinjang karya bersama sahabat handai dan juga keluarga 
                  tersayang... 






terima kasih, boleh picit like!

November 29, 2011

AzaM yAng sUci



Tersedarku dari lamunan,
Resah sejarah ku lupakan,
Ku semai benih-benih harapan,
Bersama sejuta Impaan..

Dengan azam dan keyakinan,
Tempuh cabaran kehidupan,
Teruji la segala ketabahan
Berikanlah Kekuatan dan Keimanan

Ku mengharapkan KEJAYAAN,
Menanti di hadapan,
Namun hakikat belum nyata,
Harus BERUSAHA..

Suatu Hari nanti,
Pasti ku kan Berjaya,
Akan Aku BUKTIKAN,
Padamu Ayah Bonda, 
Disitu kita lihat
Kebenaran Hakikat,
IMPIAN jadi nyata,
 kata telah dikota,

Bukan Khayalan dan Bukan lakonan,
Tapi inilah kenyataan
Kerana Cita diiringi Doa 
Pasti aku akan BERJAYA..


lagu : suci dalam debu (iklim)



terima kasih, boleh picit like!

Oktober 18, 2011

9 Petua (wajib baca ) =))



<Salam>


Kat sini ada 9 petua nak jadi kurus.. eh, salah petua Capai Doa Mustajab ehee. insyallah.. =)



1. Doa antara iqamat dan Azan tidak akan ditolak. (mungkin ramai yang dah tahu. tapi tak pe lah mungkin ada lagi yang belum tahu :) selalu-selalu la berdoa time nie insyallah doa kite termakbul)




2. Doa pada tiap-tiap malam, iaitu sepertiga malam terakhir.


3. Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa dan orang yang dianiaya.

4. doa ketika sujud, bila sujud dalam solat tu, perbanyakkan lah doa ketika itu. insyallah dengan izin Allah s.w.t doa kita termakbul :).



5. berdoa ketika mendengar ayam berkokok, pada ketika itu pohon lah Kurnia daripada Allah s.w.t. sesungguhnya binatang itu melihat malaikat.

6. Sesiapa yang bangun pada malam hari dan berdoa, Doanya akan di makbul. insyallah :)

7. sesiapa yang baca Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan. (insyallah)



8. Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru. (jadi slalu-slalu la berdoa dan iklas la ketika berdoa. insyallah doa kite dimakbulkan kalau kite bersabar dan tidak putus asa =))

9. pada hari jumaat, bila mana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan berdoa, pasti dia akan dianugerahkan apa yang di pohon.



Amin...(perkenangkanlah doaku).

oleh itu, selalu la berdoa memohon ampun kepadaNya. sesungguhnya kita adalah insan biasa yang selalu  melakukan kesilapan dalam keadaan sedar atau pun tidak. entri kali ni bukan la di tujukan kepada sape-sape sebaliknya untuk peringat diri saya jugak.. selamat beramal.  =)


terima kasih, boleh picit like!

Oktober 13, 2011

anniversery #awak & saya #



eehem2x, ni la buah hati saya!! 



















 ensemnya die ehee....                                comeynya awak!! ehee....







terima kasih, boleh picit like!

September 19, 2011

Alhamdulillah (^___^)



Alhamdulillah..........


Dapat gak sambung degree, tq UM sudi terima saya :P.. 

(^_______________________^)

terima kasih, boleh picit like!

Ogos 31, 2011

Merdeka!!

<Salam >

Aii..salam aidilfitri semua J.wah! Mod Merdeka Raya masih ada nih..ehee
Alhamdulillah meriah ajer raya tahun ni.. apa yang best time Merdeka Raya? Alaa..biasa la kan dapat berkumpul dengan adik beradik, sedara-mara semua, sambil mengeratkan sillaturrahim, hah! Lagi yang best sebab sambil-sambil Raya kite sambut merdeka..        jarang-jarang sekali tau..leh sambut Raya + Merdeka  neh.. 
Eh, banyak lak cakap mek  nih.Ahh! tak kisah la kan lagi pun bukan slalu membebel panjang-panjang eheee..

Ahhaa..bila sebut je Merdeka aku teringat lak time sekolah dulu. punya la meriah sambut merdeka. Macam-macam acara ada untuk sambut Hari merdeka. Lagi best bile dapat join ahak.. tapi nape ep sekarang ni cam tak meriah je sambut merdeka. Ermm..tunggu 16 hb ni, pergi sambut kat dataran merdeka pasti meriah ahh! Kahkahkah.


Meh sini tengok. aku nak share satu gambar ngan korang..  ko tengok ep bertapa semangatnya aku sambut merdeka masa ni hahaa...




peace ('____')



Amacam semangat tak, ko ada semangat camni?
Aceceh..terperasan sudah.

actually picca ni diambil 4tahun lepas. Masa tu, Form wape entah.. hensem tak aku? Ce bagi komen sikit muahaahaa..  
nak citer sikit lah sal gambar ni. Baju yang aku pakai tu baju melayu. Aku borrow baju  melayu adik aku da..hahaa.asalnya baju melayu tu warna biru bila aku edit cikit picca tu hilang la pulak warna baju tu.haish! al-maklumlah aku memang tak berapa nak pandai edit gambo niL. Songkok yang aku pakai tu pun aku pau yang adik aku punye.muahahaa..
(bertuah betoL ada adik kan.kan :P) 

Uitt..aku pakai camni bukan sesaje tau. Ni sebab aku TERPAKSA masuk pertandingan Busana Merdeka yang dianjurkan oleh hostel skolah aku dulu.kenapa terpaksa?? sebab cikgu pilih aku masuk. Nak, tak nak, wajib masuk gak.uhukk..   Walaupun dalam keadaan terpaksa, kira sempat la jugak kan aku prepair nak pakai camni muahahaa..dan yang paling tak sangka dapat jadi juara lak tu untuk pertandingan Busana Merdeka..hahahaa.. (lawak kan lawak kan..)

Ada banyak lagi la pertandingan lain,cam pertandingan nyanyi lagu patriotik, sajak, syair, pertandingan untuk guru-guru pun ada. Eee..bestnya rasa macam nak masuk skolah balik je hahaa.. cop! Aku pun masuk tau, pertandingan nyanyi lagu patriotik. Ni pon menang jugak. Ehem!! Tapi bukan juara la.dapat no.3 je..haha takda la teruk sangat kan suara aku ni muahahaa.. skali lagi terperasan :P.

aku nak share video merdeka dengan korang seme tapi line kat sini teramat la slow. jadi tak dapat nak upload video tu uhuukk len kali la ep.. ok tataa... 

Salam merdeka raya!!..



terima kasih, boleh picit like!

Ogos 06, 2011

mod ~ Rindu.......




 saya sangat rindu Beliau.. (o.O)


^_______________^

hOhooOO....

terima kasih, boleh picit like!

Ogos 02, 2011

Ganjaran Tarawih

<SALAM>


sini saya nak kongsi Ganjaran Tarawih dengan korang :]


Ganjaran Tarawih: Untuk Renungan Bersama :)

  • Malam 1 : Dosa keluar dan insan seolah-olah seperti baru dilahirkan ibunya.

  • Malam 2 : Dosa diri dan kedua ibu-bapa yang mukmin diampuni.

  • Malam 3 : Malaikat menyeru dari bawah 'Arasy "Mulailah kamu beramal kerana Allah telah mengampunkan dosamu yang lalu.

  • Malam 4 : Pahala yang sama seperti pahala orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al Quran.

  • Malam 5 : Mendapat pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsha di Palestin.

  • Malam 6 : Mendapat pahala seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah.

  • Malam 7 : Pahala seperti orang hidup di zaman Nabi Musa yang membantu mengalahkan Fir'aun dan Haman

  • Malam 8 : Diberikan Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

  • Malam 9 : Pahala seperti pahala ibadah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Malam 10 : Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat.

  • Malam 11 : Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan, iaitu bersih daripada segala dosa.

  • Malam 12 : Datang di hari Qiamat dengan mukanya bercahaya dan bersinar.

  • Malam 13 : Datang di hari Qiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.

  • Malam 14 : Malaikat menjadi saksi solat Tarawih, dan dibebaskan dari segala mudarat.

  • Malam 15 : Segala Malaikat memohon ampun untuk mereka yang mengerjakan Tarawih.

  • Malam 16 : Dibebaskan dari api neraka dan diberi ganjaran syurga.

  • Malam 17 : Diberikan pahala seperti pahala para Nabi.

  • Malam 18 : Diseru oleh Malaikat, "Wahai hamba Allah, bahawanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu.

  • Malam 19 : Diangkat darjatnya ke dalam syurga Firdaus.

  • Malam 20 : Diberi pahala para syuhada dan solehin.

  • Malam 21 : Dibina rumahnya dari Nur di dalam syurga.

  • Malam 22 : Di hari Qiamat, ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

  • Malam 23 : Dibinakan sebuah kota untuknya di syurga.

  • Malam 24 : Diberikan pahala yang merupakan dua puluh empat permohonan dikabulkan.

  • Malam 25 : Dihapuskan dari seksa kubur.

  • Malam 26 : Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

  • Malam 27 : Dapat melintasi Jambatan Sirat dengan amat laju seperti kilat.

  • Malam 28 : Allah mengangkatkannya dengan seribu darjat.

  • Malam 29 : Diberi pahala seribu haji yang mabrur.

  • Malam 30 : Dipanggil dan dipersilakan oleh Allah, "Wahai hambaKU, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu, dan engkau Hambaku.


saya Copy ni dari FB. jom pakat g solat terawih :)



terima kasih, boleh picit like!

Ogos 01, 2011

Ramadhan datang lagi :)



<SALAM>


1 Ramadhan 1432h


Selamat BerPuasa Semua :]


*Di Mulianya Bulan Rejab dengan Israj Mikrajnya*
*Di Mulianya Bulan Sya'ban Dengan Nisfunya*
*Di Mulianya Bulan Ramadhan Dengan Malam Lailatul Qadar * 


────▄▀▄───────────────────────​──────────▄▀▄────
───█░░░█──────────────────────​─────────█░░░█───
──█░░░░░█─────────────────────​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────────────☪──────​───────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────────────█──────​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█────────────▄▄▀▄▄────​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█───────────█░░░░░█───​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────────█░░░░░░░█──​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█─────────█░░░░░░░░░█─​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█────────█░░░░░░░░░░░█​────────█░░░░░█──
──█░░░░░█───────█░░░░░░░░░░░░░​█───────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────█░░░░░░░░░░░░░░​░█──────█░░░░░█──
──█░░░░░█──────█░░░░░░░░░░░░░░​░█──────█░░░░░█──
██████████████████████████████​█████████████████
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓█
█─▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄​▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀─█
█▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓​▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░▄▀▄░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░░▄▀▄░░░░░█
█░░░░█───█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░░█───█░░░░█
█░░░█─────█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░█─────█░░░█
█░░░█─────█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░█─────█░░░█
█░░░█─────█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░█─────█░░░█
█░░░███████░░░░░░░░░░░░░░░░░░░​░░░░░░███████░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░█░░░░░░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░░▄▄▄▀▀▀▀▀▄▄▄░​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░░█─────█─────█​░░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░░█──────█──────​█░░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░░█───────█──────​─█░░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░░█────────█──────​──█░░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░█─────────█──────​───█░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░█─────────█──────​───█░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░█────▄▀───█───▀▄─​───█░░░░░░░░░░░░█
█░░░░░░░░░░░░█─────────█──────​───█░░░░░░░░░░░░█
˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆˜˜”*°•.¸☆ ★ ☆¸.•°*”˜˜”*°•.¸☆

♥~~~~~~~~~~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAQ~~~~~~~♥











terima kasih, boleh picit like!

Julai 15, 2011

Cara Nak Buat Bunga Lily

  <SALAM>

bunga!  hah, korang suka bunga tak? :)
okeh, entri kali ni aku nak ajar korang wat bunga guna kertas.
mungkin ramai yang tau nak buat bunga lily guna kertas.
yang dah tau sila buat-buat tak tahu yer.. 
yang belum tahu boleh la cuba-cuba buat ngee3..
jom tengok step kat bawah :


o.O



1) mula-mula korang potong kertas warna yang ko suka tu biar jadi segi empat sama :)



2) then, lipat kertas empat segi sama tadi biar jadi camnie 
boleh tengok arrow kat dalam picca tu :)



 3) lipat pada bucu atas kertas tadi dari sebelah kiri
then, sila pusing belakang kertas ini dan lakukan perkara sama 


4)  biar jadi camni :) 
nampak kan arrow tu, ikut arrow dalam picca diatas.


5) pastikan kertas tadi buleh bukan camnie


6) then, buat biar jadi camni


7) now, tekan kertas tadi bia jadi segi empat sama yang lebih kecil dari yang asal.




8) dah tekan. sekarang ikut step ni lak..


9) korang tekan skali lagi bia jadi camni..
untuk ke step seterusnya skg korang perlu ulang step 8 & 9
pada bucu sebelah kiri & kanan



10) bila dah siap ulang step 8 & 9 pastikan jadi camni :]


11) dah ciap step 10 sekarang ikut step 11 lak..



12) ok, bila dah jadi camni. skali lagi step 11 & 12 perlu dilakukan 
pada bahagian sebelah kiri n kanan. 



13) pastikan jadi camni ..


14) lipatan tadi perlu dibuka semula. ini kerana 
tujuan step 12 & 13 dilakukan untuk mendapatkan kesan lipatan. 
supaya senang untuk ke step seterusnya :]


15) step seterunsnya, perlu lipat ke dalam kertas yang dibuka tadi 
dari sebelah kanan dan kiri 


16) bile dah buat step 15 pastikan jadi camni...



17) sekarang korang perlu pusing kan kertas korang tadi bia jadi camni.
pastikan kaki yang terbuka berada diatas.



18) then, korang belek kertas yang telah dipusing tadi bia jadi camni.
pastikan muka belakang & depan adalah sama cam dalam picca diatas..



19) sekarang perlu lipat lagi. ikut cam dalam gambar :]
perlu lipat dari sebelah kiri & kanan tau..


19) camni..
then, korang perlu ulang ulangi step 18 & 19 
untul bahagian belakang.


20) siap step 19. pastikan jadi camni.
dah jadi camni korang buleh la pusing semula kertas korang tu.


21) Ooyeah!! dah nak siap dah.. :D
korang buka la kertas tadi biar jadi camnie..
bunga baru nak kembang nih.. ngee3..


22) ta..ra :] bunga dah kembang dah.
untuk mencantikkan kelopak bunga tu korang guna pensel atau something la untuk 
menggulung kelopak bia jadi cam dalam gambar kat atas :D



bunga yang telah siap :



cantik tak? jadi penyeri laptop aku jap :P



okeh, sekarang korang tengok  picca ni lak ep!!


sama tak ngan bentuk bunga lily yang asal :D
sama kannnn!!..


bile dah siap pepandai korang la nak hias camner.. boleh tambah
 daun jugak pada bunga lily kertas tu. biar nampak lebih real. 
okeh untuk buat batang pada bunga lily kertas tu
 korang boleh guna straw je :)
memang nampak cantik. boleh je kalau nak letak buat perhiasan kat dalam umah. bukan ape, kalau kite tarok bunga idup dapam umah mesti cepat layu sebab tak kena cahaya matahari :]
so, lebih senang. buat je bunga lily kertas tu guna kertas warna yang cantik-cantik. then hias la kasi nampak real ngee3 . . . 



p/s : maaf selalu guna ganti diri 'aku' bukan ape rasa lebih mesra kot ehee..
(okeh, sila baca entri saya dengan nada manje okey!! ngee3..)
kalau korang betol-betol paham step kat atas insyallah menjadi la bunga lily tu.. :)



cuba jangan tak cuba :) !! 

















terima kasih, boleh picit like!

Malam nisfu sya'aban

<salam>

malam ni saya nak kongsi dengan kawan-kawan tentang amal ibadah yang perlu dilakukan pada malam nisfu sya'ban.


nisfu sya'ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku amalan yang baru. catatan pertama yang akan dicatatkan didalam buku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib.
(15 sya'ban bermula pada 14 sya'ban sebaik sahaja masuk waktu maghrib)







berikut adalah amal ibadah dihari nisfu sya'ban :

1. selepas solat maghrib (15 sya'ban malam)
hendaklah solat sunat nisfu sya'ban 2 rakaat :
Rakaat 1: Baca Al-Fatihah & Suruh Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : Baca Al-Fatihah & Suruh Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin sebanyak 3x selepas Solat Maghribnya 
(15 sya'ban, 14 Sya'ban selepas maghrib)
i) Selepas Yasin pertama : memohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah SWT.
ii) Selepas Yasin kedua : memohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah SWT.
iii) selepas Yasin Ketiga :Mohon ditetapkan iman dan islam & mati dalam Iman dan Pohon la segala yang baik.
kemudian baca istighfar 11x & selawat 11x
Baca Doa Nisfu Sya'ban.

3. Bacaan suruh Al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya.







ANTARA KELEBIHAN BULAN SYA'BAN :

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya’aban maka Allah haramkan
tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada
malam nisfu sya’aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
'adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.'

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya’aban
kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa
dengan ibubapa kita. (jangan lupa tau minta ampun dengan mak ayah kamu semua :] )

Malam nisfu Syaaban juga dianggap hari raya Malaikat, begitu juga malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhari raya pada siangnya dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada
malamnya.

Allah akan mengampunkan dosa pada malam nisfu Syaaban kecuali kepada enam orang
(golongan):
Orang yang kekal minum arak
Orang yang derhaka kepada kedua ibu bapa
Orang yang kekal dalam zina
Orang yang banyak berkelahi
Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta
Orang yang memperlagakan orang lain supaya berkelahi
(adakan aku tergolong?? Ya Allah, Mohon ampun skiranya aku tergolongan dari golongan ini)



notauntuksaya : entri kali ni untuk memperingatkan diri saya juga 
agar tidak lupa ibadah yang perlu dilakukan.. 










terima kasih, boleh picit like!

haRi-haRi yg berlalu

Daisypath Anniversary tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...