Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam. Alhamdulillah…syukur kepada Mu Ya Allah….Tuhan yang mencipta langit dan bumi, bintang dan matahari dan seluruh alam semesta…Alhamdulillah…syukur Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
Ya Allah, Ya Rahman..
syukur atas pemberianMu Ya Allah..
aku dikelilingi ibu yang masih sihat, ahli keluarga yang mengambil berat..
sesungguhnya telah banyak Engkau berikan kepadaku, dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapan Mu. Kalau bukan kepada Mu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayang Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini... pimpinlah hati hamba Mu ini... pimpinlah langkah hamba Mu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqim Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu.
Terimalah permohonan hamba Mu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Al Mudzill.
p/s : terima kasih to my friends for all your wonderful birthday wished..semoga Allah juga memanjangkan umur sahabat-sahabat dan dimurahkan rezeki selalu..
dan tidak lupa juga buat orang yang tersayang iaitu Maa yang melahirkan saya.. Terima Kasih Maa.. tanpa mu Ibu siapa lah aku...
" Maaa.... 23 doh, boleh ko dop nak kawen? huuu! :P "
mis u maa nanti balik kg lusa nak kek deh maa.. nak kek hok sedap tu ada puding alek atah. jangan lupe maa deh.. love u muah..muahh Maa...
u alwes in my heart. :D
sekian ^_^
terima kasih, boleh picit like!